Aloe Vera Penyembuh Penyakit Kulit Psoriasis


Penyakit Psoriasis adalah satu penyakit yang menyiksakan, di sini saya kongsikan bagaimana saya mengalami dan menyembuhkan penyakit kulit Psoriasis dengan Aloe Vera. 
Pada awal nya saya tidak menduga ruam merah kecil pada betis kanan yang tiba-tiba saya hidapi adalah petanda awal sesuatu yang buruk lebih besar akan berlaku. Ruam kecil yang saya agak tidak memberi ancaman itu hanya dirawat dengan sabun semasa mandi.

Ternyata dugaan saaya itu tidak meleset sama sekali apabila ruam merah dengan sedikit kegatalan  mula merebak dengan begitu cepat sekali. Dalam masa sehari sehaja ruam-ruam mula menampakkan diri yang sebenar nya, ruam yang tadi nya kecil bertukar ruam berbentuk agak bulat dan lebih kemerahan dan mula merebak ke bahagian lutut. Di betis kaki kiri pula sudah mulai menampak kan tumbuh nya ruam-ruam merah kecil dan mimpi ngeri bermula.

Bimbang yang lebih buruk akan berlaku saya berjumpa Doktor Pakar Kulit untuk rawatan dan konsultansi. Selepas pemeriksaan Doktor telah mengesahkan saya telah di hidapi penyakit kulit iaitu Psoriasis. Psoriasis adalah penyakit kulit yang biasa di dengar tetapi penyakit ini tergolong dalam pelbagai jenis dan peringkat. Penyakit ini sukar di ketahui punca asal nya dan sesetengah orang ada yang mengalami penyakit ini seumur hidup mereka tanpa mendapat penyelesaian untuk sembuh.


Doktor yang merawat juga mengaku agak terkejut dengan keadaan jangkitan yang saya hadapi kerana selama dia mempraktikan dan merawat pesakit kulit di klinik nya saya adalah yang pertama kali dirawat dengan kesan jangkitan Psoriasis yang teruk dan agak kritikal.

Realiti nya para doktor dan pakar perubatan tidak dapat mengenal pasti punca asal jangkitan Psoriasis dan pilihan Doktor adalah mengesyorkan samada ubatan atau injeksi. Oleh kerana bimbang dengan tahap penerimaan badan pada injeksi saya memilih untuk mangambil ubatan luaran. Ubatan yang diberi adalah dalam bentuk krim dan antiseptic juga antibiotik.

Dalam selama 2 minggu menggunakan ubat-ubatan tersebut tidak nampak walau sedikit memberi kesan yang upaya untuk melawan atau meredakan jangkitan malah keradangan terus bertambah dan merebak hinga ke bahagian paha di kedua-dua belah kaki dalam masa seminggu.
Keadaan paha kanan selepas 2 - 3 minggu jangkitan
Paha kiri selepas 2 -3 minggu jangkitan


Serangan awal bermula di paha kanan, terlihat lebih banyak jangkitan berbanding paha kiri

Rawatan susulan kedua dibuat pada minggu ketiga juga pada masa yang sama untuk mendapat khidmat nasihat. Melihat keadaan jangkitan yang bertambah parah dimana ruam merah mula menjadi gatal-gatal dan bersisik serta kepingan kering, Doktor telah menasihatkan untuk menggunakan ubat-ubatan yang mengandungi steroid untuk merawat keradangan dan menghentikan jangkitan. Dari minggu ke-empat dan ke lima ubatan steroid juga tidak menampakkan kesan yang positif hanya berupaya untuk meredakan keradangan tapi tidak berupaya untuk merawat dan menghentikan jangkitan dari terus merebak. 

Jangkitan mula menampakan di bahagian lengan tangan, tanda ruam-ruam merah kelihatan tetapi keradangan nya agak lemah berbanding yang dialami di bahagian kaki.

Jangkitan pada minggu ke lima. Lengan mula di jangkiti.

Kulit pada jangkitan mula bersisik

Kepingan kulit kering, kegatalan dan mudah berdarah jika di kupik
    

Secara psikologi nya Psoriasis adalah bagaikan mimpi ngeri, pada awal jangkitan tubuh badan masih dalam keadaan normal dan tidak memberi tindak balas buruk pada keradangan kulit.
Tetapi apabila jangkitan terus berlarutan dan tidak menampakkan kesembuhan ditambah dengan keradangan yang agak teruk serta kegatalan kulit dan pendarahan kecil maka secara automatis sistem psikologi minda mula menurun. Tekanan dan perasaan kecewa menyelubungi membuatkan imunisasi badan menjadi bertambah lemah dan ini akan lebih memburuk kan lagi keadaan. 
Jadi adalah amat penting untuk terus menguat kan semangat dan emosi pada keadaan sebegini kerana psikologi nya imunisasi badan juga akan turut menjadi lemah.

Mengikut hasil bacaan dan carian yang dibuat menyatakan pakar-pakar dan pengamal perubatan mendapati bahawa Psoriasis adalah sangat berkait rapat dengan sistem imunisasi tubuh, dan hasil kajian juga mendapati Psoriasis adalah penyakit berkait rapat dengan sistem imun dan pusingan produksi penggantian sel-sel tubuh. Apabila sistem imun terganggu dan penggantian produksi sel telah terlebihan menyebabkan sel-sel tersebut mula menyerang sama sendiri dan seterus nya menyebabkan keradangan kepada kulit. Tekanan (stress), keturunan dan alam sekitar juga penyumbang kepada Psoriasis.


Keradangan kulit menyebabkan kegatalan, elakkan dari berpeluh.

Walaupun kurang ruam di lengan tapi kegatalan tetap dirasa

Terdesak dengan jangkitan yang semakin buruk dan keadaan suhu badan yang mula meningkat seperti nak demam saya mengambil keputusan untuk mencari rawatan alternatif yang terbaik sekurang-kurangnya untuk menghentikan jangkitan dan keradangan. Hasil dari bacaan, kajian melalui talian dan perbandingan pelbagai produk yang berada di pasaran, saya memesan produk yang berasaskan Aloe vera yang saya rasa amat berpotensi untuk menyembuhkan Psoriasis.

Source: The Silent Healer, a modern study of Aloe Vera, Bill Coats 1984. 
Produk yang di ambil ialah Aloe Vera jus dan Aloe Vera gel, potensi nya ialah untuk memulihkan jangkitan dari dalam dengan meminum Aloe Vera jus dan gel Aloe Vera gel untuk meredakan keradangan kulit. Meminum Aloe Vera gel 5 kali sehari dan berterusan menggunakan Aloe Vera gel pada kulit memberi kesan pemulihan yang amat baik. Berserta dengan emosi positif untuk menangkis dari jangkitan yang berlarutan kerana secara am nya mengikut kajian Psoriasis adalah berpunca dari imunisasi tubuh badan yang terganggu, apabila kita dapat mengawal dan meningkatkan imunisasi tubuh badan yang mana Aloe Vera adalah sumber natural untuk meningkatkan imunisasi dengan membersih dan menyingkirkan kimuhan dan kotoran.  

Keradangan ruam-ruam merah mula mengurang. 

Kupingan kulit kering sudah hilang 

Luka-luka kecil sudah mulai sembuh
Dalam masa 2 hingga 3 minggu penggunaan sahaja kulit sudah mulai memberi reaksi positif untuk sembuh, keradangan sudah mulai berkurangan dan kepingan kulit kering beransur menghilang.
Dalam masa kurang dari sebulan saya sembuh sepenuh nya dari Psoriasis yang menyerang, walaupun kesan pada kulit masih ada tapi saya yakin ianya akan beransur pulih dan hilang.

Terbukti sumber semulajadi alam dapat membantu untuk memulih kan penyakit dan secara langsung penggunaan Aloe Vera mampu memulihkan penyakit bukan sahaja penyakit kulit malah pelbagai penyakit lain kerana badan yang sihat bermula dari pemakanan yang sihat oleh dari itu saya amat berterima kasih dengan Aloe Vera Forever Living.     


Anda ingin membuka franchais dan menjalankan perniagaan Forever dengan permulaan yang rendah? Hubungi saya untuk penerangan lanjut what app/call: 018 320 4957 Karim.



1 comment :

  1. salam, gembira dengan kesembuhan yg tuan alami, saya juga pengidap psoriasis, sudah 3 tahun, sebelum ini saya mengambil langkah mangambil steroid, dan apabila sudah berhenti menggunakan,psoriasis saya semakin teruk, dalam masa 5 bulan telah merebak hingga ke paras punggung, tambahan saya hamil 6 bulan, dan keadaannya semakin teruk.saya ingin mencuba produk ini, tetapi m gkin selepas bersalin dan slepas habis berpantang.smoga saya juga dapat kesembuhan seperti tuan.amiin.mohon doakan saya

    ReplyDelete