Aloe Vera Penyembuh Penyakit Kulit Psoriasis


Penyakit Psoriasis adalah satu penyakit yang menyiksakan, di sini saya kongsikan bagaimana saya mengalami dan menyembuhkan penyakit kulit Psoriasis dengan Aloe Vera. 
Pada awal nya saya tidak menduga ruam merah kecil pada betis kanan yang tiba-tiba saya hidapi adalah petanda awal sesuatu yang buruk lebih besar akan berlaku. Ruam kecil yang saya agak tidak memberi ancaman itu hanya dirawat dengan sabun semasa mandi.

Ternyata dugaan saaya itu tidak meleset sama sekali apabila ruam merah dengan sedikit kegatalan  mula merebak dengan begitu cepat sekali. Dalam masa sehari sehaja ruam-ruam mula menampakkan diri yang sebenar nya, ruam yang tadi nya kecil bertukar ruam berbentuk agak bulat dan lebih kemerahan dan mula merebak ke bahagian lutut. Di betis kaki kiri pula sudah mulai menampak kan tumbuh nya ruam-ruam merah kecil dan mimpi ngeri bermula.

Bimbang yang lebih buruk akan berlaku saya berjumpa Doktor Pakar Kulit untuk rawatan dan konsultansi. Selepas pemeriksaan Doktor telah mengesahkan saya telah di hidapi penyakit kulit iaitu Psoriasis. Psoriasis adalah penyakit kulit yang biasa di dengar tetapi penyakit ini tergolong dalam pelbagai jenis dan peringkat. Penyakit ini sukar di ketahui punca asal nya dan sesetengah orang ada yang mengalami penyakit ini seumur hidup mereka tanpa mendapat penyelesaian untuk sembuh.


Doktor yang merawat juga mengaku agak terkejut dengan keadaan jangkitan yang saya hadapi kerana selama dia mempraktikan dan merawat pesakit kulit di klinik nya saya adalah yang pertama kali dirawat dengan kesan jangkitan Psoriasis yang teruk dan agak kritikal.

Realiti nya para doktor dan pakar perubatan tidak dapat mengenal pasti punca asal jangkitan Psoriasis dan pilihan Doktor adalah mengesyorkan samada ubatan atau injeksi. Oleh kerana bimbang dengan tahap penerimaan badan pada injeksi saya memilih untuk mangambil ubatan luaran. Ubatan yang diberi adalah dalam bentuk krim dan antiseptic juga antibiotik.

Dalam selama 2 minggu menggunakan ubat-ubatan tersebut tidak nampak walau sedikit memberi kesan yang upaya untuk melawan atau meredakan jangkitan malah keradangan terus bertambah dan merebak hinga ke bahagian paha di kedua-dua belah kaki dalam masa seminggu.
Keadaan paha kanan selepas 2 - 3 minggu jangkitan
Paha kiri selepas 2 -3 minggu jangkitan


Serangan awal bermula di paha kanan, terlihat lebih banyak jangkitan berbanding paha kiri

Rawatan susulan kedua dibuat pada minggu ketiga juga pada masa yang sama untuk mendapat khidmat nasihat. Melihat keadaan jangkitan yang bertambah parah dimana ruam merah mula menjadi gatal-gatal dan bersisik serta kepingan kering, Doktor telah menasihatkan untuk menggunakan ubat-ubatan yang mengandungi steroid untuk merawat keradangan dan menghentikan jangkitan. Dari minggu ke-empat dan ke lima ubatan steroid juga tidak menampakkan kesan yang positif hanya berupaya untuk meredakan keradangan tapi tidak berupaya untuk merawat dan menghentikan jangkitan dari terus merebak. 

Jangkitan mula menampakan di bahagian lengan tangan, tanda ruam-ruam merah kelihatan tetapi keradangan nya agak lemah berbanding yang dialami di bahagian kaki.

Jangkitan pada minggu ke lima. Lengan mula di jangkiti.

Kulit pada jangkitan mula bersisik

Kepingan kulit kering, kegatalan dan mudah berdarah jika di kupik
    

Secara psikologi nya Psoriasis adalah bagaikan mimpi ngeri, pada awal jangkitan tubuh badan masih dalam keadaan normal dan tidak memberi tindak balas buruk pada keradangan kulit.
Tetapi apabila jangkitan terus berlarutan dan tidak menampakkan kesembuhan ditambah dengan keradangan yang agak teruk serta kegatalan kulit dan pendarahan kecil maka secara automatis sistem psikologi minda mula menurun. Tekanan dan perasaan kecewa menyelubungi membuatkan imunisasi badan menjadi bertambah lemah dan ini akan lebih memburuk kan lagi keadaan. 
Jadi adalah amat penting untuk terus menguat kan semangat dan emosi pada keadaan sebegini kerana psikologi nya imunisasi badan juga akan turut menjadi lemah.

Mengikut hasil bacaan dan carian yang dibuat menyatakan pakar-pakar dan pengamal perubatan mendapati bahawa Psoriasis adalah sangat berkait rapat dengan sistem imunisasi tubuh, dan hasil kajian juga mendapati Psoriasis adalah penyakit berkait rapat dengan sistem imun dan pusingan produksi penggantian sel-sel tubuh. Apabila sistem imun terganggu dan penggantian produksi sel telah terlebihan menyebabkan sel-sel tersebut mula menyerang sama sendiri dan seterus nya menyebabkan keradangan kepada kulit. Tekanan (stress), keturunan dan alam sekitar juga penyumbang kepada Psoriasis.


Keradangan kulit menyebabkan kegatalan, elakkan dari berpeluh.

Walaupun kurang ruam di lengan tapi kegatalan tetap dirasa

Terdesak dengan jangkitan yang semakin buruk dan keadaan suhu badan yang mula meningkat seperti nak demam saya mengambil keputusan untuk mencari rawatan alternatif yang terbaik sekurang-kurangnya untuk menghentikan jangkitan dan keradangan. Hasil dari bacaan, kajian melalui talian dan perbandingan pelbagai produk yang berada di pasaran, saya memesan produk yang berasaskan Aloe vera yang saya rasa amat berpotensi untuk menyembuhkan Psoriasis.

Source: The Silent Healer, a modern study of Aloe Vera, Bill Coats 1984. 
Produk yang di ambil ialah Aloe Vera jus dan Aloe Vera gel, potensi nya ialah untuk memulihkan jangkitan dari dalam dengan meminum Aloe Vera jus dan gel Aloe Vera gel untuk meredakan keradangan kulit. Meminum Aloe Vera gel 5 kali sehari dan berterusan menggunakan Aloe Vera gel pada kulit memberi kesan pemulihan yang amat baik. Berserta dengan emosi positif untuk menangkis dari jangkitan yang berlarutan kerana secara am nya mengikut kajian Psoriasis adalah berpunca dari imunisasi tubuh badan yang terganggu, apabila kita dapat mengawal dan meningkatkan imunisasi tubuh badan yang mana Aloe Vera adalah sumber natural untuk meningkatkan imunisasi dengan membersih dan menyingkirkan kimuhan dan kotoran.  

Keradangan ruam-ruam merah mula mengurang. 

Kupingan kulit kering sudah hilang 

Luka-luka kecil sudah mulai sembuh
Dalam masa 2 hingga 3 minggu penggunaan sahaja kulit sudah mulai memberi reaksi positif untuk sembuh, keradangan sudah mulai berkurangan dan kepingan kulit kering beransur menghilang.
Dalam masa kurang dari sebulan saya sembuh sepenuh nya dari Psoriasis yang menyerang, walaupun kesan pada kulit masih ada tapi saya yakin ianya akan beransur pulih dan hilang.

Terbukti sumber semulajadi alam dapat membantu untuk memulih kan penyakit dan secara langsung penggunaan Aloe Vera mampu memulihkan penyakit bukan sahaja penyakit kulit malah pelbagai penyakit lain kerana badan yang sihat bermula dari pemakanan yang sihat oleh dari itu saya amat berterima kasih dengan Aloe Vera Forever Living.     


Anda ingin membuka franchais dan menjalankan perniagaan Forever dengan permulaan yang rendah? Hubungi saya untuk penerangan lanjut what app/call: 018 320 4957 Karim.



Kesihatan dan Kecantikan Secara Semulajadi Dengan Aloe Vera



Kata orang "Kecantikan itu datangnya dari dalam..'' memang ada benar nya, sejak dari beribu tahun dahulu Aloe Vera telah digunakan secara luaran dan dalaman kerana kesan khasiat semulajadi nya untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan. 
Para Sejarawan menghuraikan bagaimana pada masa dahulu Aloe Vera digunakan oleh Permaisuri Mesir Cleopatra sebagai herba untuk mengekalkan kecantikan, kesihatan dan juga melewatkan proses penuaan. Begitu juga Iskandar Zulkarnain yang membawa Aloe Vera ke medan perang kerana sifat Aloe Vera yang mampu merawat penyakit dan luka dari merebak. Sehingga ke hari ini Aloe Vera merupakan herba yang paling banyak digunakan, malah menurut majalah kesihatan dunia mengatakan Aloe Vera merupakan herba no.1 yang digunakan oleh pelbagai peringkat umur.



Aloe Vera mempunyai lebih 200 bahan aktif yang boleh disenarai kan kepada 15 sebatian dan fungsi rujukan. Penyelidikan menunjukan Aloe Vera mengandungi banyak mineral-mineral yang penting kepada proses pertumbuhan dan kesihatan keseluruhan tubuh dan dengan gabungan keseluruhan mineral tersebut menjadikan Aloe Vera sebagai herba penyembuh, memberi tenaga dan bertindak sebagai pembersih yang sangat efektif. Berikut antara sifat dan faedah dari penggunaan Aloe Vera yang efektif: 

1) Tinggi dengan Vitamin dan Mineral semulajadi yang penting untuk tubuh. 

2) Tinggi dengan Amino Acid dan Fatty Acid - penting untuk pertumbuhan sel tubuh, menyimpan nutrisi dan membersih sistem perkumuhan penghadaman.

3) Adaptogen bahan dari herba yang bersifat unik berfungsi untuk membahrui kesihatan kepada Adrenal sistem iaitu sistem yang mengjaga hubung kait dengan stress.

4) Menyokong kardiovaskular sistem (saluran darah dan jantung)

5) Meningkatkan sistem imun, mengurangkan keradangan dan bersifat alkali dan detoxifikasi.

6) Anti bakteria, anti viral, anti fungal dan terbaik untuk kulit.





Sistem penghadaman dan kesan keatas tubuh badan.

Setiap sistem penghadaman didalam badan adalah penting, kerana setiap bahagian atau unit sistem ini mempunyai proses tersendiri yang unik dan saling memerlukan di antara satu sama lain untuk berfungsi dengan lebih lengkap dan teratur.

Di awal proses penghadaman, makanan yang di makan melalui mulut akan ke bahagian tekak dan kemudian terus ke perut melalui esophagus untuk proses pecahan penghadaman dan penyerapan. Makanan dan nutrisi makanan yang dimakan akan sampai ke Usus kecil selama sejam selepas makan.

Pemprosesan di Usus kecil merupakan proses yang terpenting kerana disini segala nutrisi akan diserap dan diedarkan ke seluruh tubuh badan melalui saluran darah.



Usus kecil ini terdiri daripada tiga bahagian dan di setiap bahagian dinding usus kecil ini dilitupi oleh jutaan mikroskopik berbentuk seperti jari yang dinamakan Villi. Apabila makanan dan nutrisi melalui usus ini maka Villi akan mula bertindak dan menyerap segala nutrisi seperti proteins, carbohydrates, lemak, mineral dan juga vitamin.Proses serapan ini dinamakan peredaran aktif dan seterusnya zat-zat serta nutrisi ini akan di edarkan ke seluruh tubuh badan melalui saluran darah.

Melalui usus kecil ini juga makanan yang tidak terhadam serta sedikit lebihan air akan bergerak ke Usus besar atau kolon dan kerja-kerja penyerapan nutrisi akan terhenti disini. Seterusnya Usus besar akan memainkan peranan dengan memisahkan air daripada makanan yang tidak terhadam dalam bentuk pepejal. Usus besar akan menyimpan sisa pepejal buangan tersebut sebelum bergerak ke Rectum dalam proses terakhir pembuangan.
 
Keperluan untuk menjaga Sistem Penghadaman

Sistem penghadaman adalah sangat penting dan perlu dijaga, kerana jika sistem ini gagal berfungsi sepenuh nya bermakna segala nutrisi tidak dapat di edarkan dan kesan dari kegagalan itu akan menyebabkan sistem imunisasi menjadi lemah. Cara pemakanan yang tidak menentu masa, serta pengambilan makanan yang kurang nutrisi dan makanan masa kini yang mengandungi pelbagai bahan kimia dan juga pencemaran alam sekeliling banyak menyumbang dan memberi kesan yang tidak baik kepada tahap kesihatan kita.

Usus adalah sistem penyerapan nutrisi dan ia juga merupakan sistem pembuangan sisa, jika proses ini tidak berfungsi dengan teratur atau saluran-saluran tertentu tersumbat dengan bahan-bahan sisa tersebut maka sisa-sisa tersebut akan terkumpul dan menjadi toksin kepada tubuh dan akan mengundang kepada pelbagai penyakit.

Pengambilan makanan yang tidak seimbang, berlebihan lemak dan berasid secara berterusan adalah penyumbang kepada masalah usus. Akibat dari pengambilan yang berlebihan dan kurang nya daya untuk mengimbang dan juga tindakbalas detoksifikasi badan yang lemah akan menyebabkan tubuh mula kehilangan tenaga dan lemah sistem imunisasi untuk melawan penyakit.





Aloe Vera merupakan solusi terbaik untuk pembersihan sistem penghadaman. Nutrien dari Aloe Vera telah digunakan sebagai rawatan semulajadi untuk menangani penyakit polips ketumbuhan dan mencegah kanser pada kolon. Gel semulajadi dari Aloe Vera yang bersifat pembersih yang lembut tetapi berkuasa membantu membersih sistem penghadaman dan juga pada masa yang sama mendetofikasi darah. Nutrien dari Aloe Vera termasuk mineral, vitamins, asid amino dan juga sebatian tumbuhan yang dikenali sebagai triterpenes dan polysaccharides.
Triterpenes adalah dikenali sebagai agent aktiviti antioxidant dan merendahkan tahap gula dari darah. Manakala Polysacharides adalah sebagai penggalak fungsi imunisasi dan penghadaman. Dua kombinasi ini menjadikan Aloe Vera sebagai produk herba yang sangat hebat.

Gabungan unik bahan-bahan penting ini membenarkan Aloe membersih secara selamat dan berkuasa.Oleh kerana bersifat sebagai pembersih dan pada masa yang sama membantu merawat dan membaiki kesihatan kolon dengan menyingkir dan membuang kotoran dari tubuh badan.  


Aloe Vera benar-benar berfungsi sebagai agen pembersihan dalaman yang lembut tetapi berkuasa. Tetapi terdapat pelbagai jenama Aloe Vera yang berada di pasaran, pastikan anda cuma memiliki Aloe Vera Forever Living yang merupakan hanya satu-satunya produk Aloe Vera yang telah distabilkan untuk mengekalkan kualiti dan potensi semulajadi. Saksikan video demonstrasi yang saya lakukan dibawah perbandingan diantara produk Forever Living dan jenama lain dipasaran. Pastikan anda hanya memiliki produk Forever Living.   








Visit : www.karimabdul.com for aspiration and start your own business

Untuk Kesihatan, Kecantikan dan Kesejahteraan anda. Forever Living mengubah hidup saya pastinya dapat mengubah hidup anda juga, tambah pendapatan anda secara sambilan atau sepenuh masa dengan produk Aloe Vera berkualiti, bermutu tinggi dan berkesan dari Forever Living. Untuk tahu bagaimana : Hubungi / Whatapp : 018 - 3204957. Saya tunjukkan bagaimana.